|
||||||||||
SEJARAH SEKOLAH Asal-usul nama sekolah
Selepas pendudukan Jepun keadaan hidup rakyat begitu terspit dengan pelbagai masalah ekonomi dan sosial. Di antara masalah yang paling besar ialah kadar buta huruf yang begiut tinggi di kalangan penduduk Kampung Bukit Panau. Memandangkan keadaan sebegini rupa, timbul kesedaran pada diri beberapa orang penduduk kampung. Mereka termasuklah pengasas sekolah ini sendiri yang telah banyak memberikan sumbangan buah fikiran dan harta benda iaitu Encik Awang bin Said. Beliau telah memulakan usaha membuka sekolah dengan dibantu oleh orang-orang kampung demi kepentingan anak-anak buahnya yang mana pada masa itu beliau merupakan Ketua Kampung. Pada Tahun 1946, maka terdirilah sebuah bangunan berdindingkan buluh, beratapkan daun nipah dan berlantaikan tanah di persimpangan jalan keretapi dan jalanraya sekarang (sekarang terdapat Quarters pekerja keretapi) dengan hasil usaha beberapa orang penduduk kampung. Sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Bukit Panau berdasarkan nama kampung ini sendiri. Bukit Panau adalah sebuah bukit yang terkenal di Kelantan yang bersempadan dengan Tanah Serendah Sekebun Bunga tempat mula-mula Cik Siti wan Kembang memerintah Kelantan. Asal nama Kelantan juga sebenar bermula dengan dengan kejadian kilat setiap petang di puncak Bukit Panau. Ketika itu negeri ini disebut Kilatan. Sekolah ini mula menerima murid seramai 30 orang pada peringkat awalnya dengan bayaran yuran sebanyak 50 sen sebulan. Dari duit yuran inilah gaji guru dibayar dan segala keperluan sekolah diperolehi. Pada waktu ini hanyalah dua buah sekolah sahaja yang lebih awal dibuka iaitu di To' Uban dan di Pasir Mas. Guru yang mula-mula mengajar di sekolah ini ialah Encik Ashaari bin Awang iaitu anak kepada ketua kampung yang juga pengasas sekolah ini. Selepas itu digantikan pula oleh Encik Ahmad bin Salleh. Pada Tahun 1950 sebuah bangunan baru dibina dengan cara gotong-royong. Tapaknya ialah di kawasan rumah guru yang ada sekarang (rumah guru lama). Kemudian pada Tahun 1951, sebuah lagi banguna sekolah dibina berdindingkan buluh dan beratapkan daun nipah di kawasan Taman Sains sekarang seluas 20' x 40' dengan bantuan RIDA. Inilah bangunan pertama bantuan kerajaan. Pada waktu ini separuh gaji guru dibayar oleh kerajaan dan separuh lagi dibayar dengan yuran murid. Tanah asal tapak sekolah ini adalah kepunyaan Hj. Yasok bin Salleh, Hjh. Siah bt Salleh dan Hj. Muhammad.
Guru-guru mula dipilih berdasarkan sijil-sijil yang mereka ada. Guru Besar ketika itu ialah Encik Wan Idris bin Wan Yusoff dari Tendong, Pasir Mas. Selepas itu beliau diganti pula oleh Encik Abdul Kadir bin Muda. Pada Tahun 1960 sekolah dibantu sepenuhnya oleh kerajaan.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |